Sunday, November 13, 2011

Muhasabah diri

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu. Apa aktiviti korang semua hari ini. Aku? Bermalas-malasan di atas katil dari pagi tadi. Sebenarnya aku tengah rasa bersalah sebab da janji dengan seseorang nak temankan beliau pergi Broga Hill tapi hajat tak kesampaian. So, duduk je rumah dengan perasaan bersalah menyelubungi jiwa.

Pukul 1030 pagi tadi pula dapat mesej dari kawan lain pula ajak teman pergi wedding kawan beliau, terpaksa ku tolak juga dengan berat hati. Senang kata aku memang tak mahu ke mana-mana. Nak terperap kat rumah sampai rasa bosan.

Aku cuma nak ambil masa satu hari ini sahaja untuk bersendirian bermuhasabah diri. Mencari kembali kegembiraan yang sepatutnya aku hargai.

Iya, emosi sedang menguasai diri. Senang kata gua tengah emo sekarang.
Tapi ye la sedang bermuhasabah; Hari ini kalau apa yang mereka lakukan kepada saya, lantas saya sakit hati. Maka saya sangat berharap saya tak lakukan kepada mereka dan orang lain supaya mereka tak rasa apa yang sedang saya rasa sekarang.

Saya sedih apabila saya cuba pastikan semua orang gembira tapi semua orang pun tak gembira. Ha? sedih bukan? Mungkin hadirnya saya dalam hidup mereka umpama Melukut Di Tepi Gantang

Tapiiiii mungkin itu juga cuma perasaan saya yang da semakin berumur ni.

Ok jadi mari perbaiki diri.

Lepas je entry ni di POST maka saya akan tersenyum, mencari kegembiraan dan menarik aura positif dekat pada diri. Buat sahabat semua, kalian amat aku hargai.

mungkin makanan yang lazat antara penyembuh luka di hati hahahaha
gembira!


pss:jom sama-sama menjadi lebih baik, rohani dan jasmani!

Friday, November 11, 2011

11.11.11

assalamualaikum. tarikh cantik yang pasti ditunggu ramai dah tiba dan bakal melabuh tirai.

11.11.11

bagaimana hari anda? 11.11.11 membawa makna yang tertentu buat anda? entah akan jumpa atau tidak tarikh cantik yang lain

12.12.12.

antara tarikh cantik yang pasti ditunggu ramai juga
~~~~
kehidupan ini dominan mengajar kita mengejar kecantikan, keindahan, kesempurnaan, kesenangan dan kekayaan. sampai kita terutamanya aku alpa pada unsur nilai dan kemanusian

cantik itu tidak salah sama sekali. memang sifat manusia, jatuh cinta pada yang cantik, terpikat pada yang sempurna, suka pada kesenangan juga teridam pada kekayaan.

namun, semua itu bukan impian yang mampu dicapai oleh semua. setiap yang wujud pasti ada lawannya. ada yang cantik, ada yang hodoh. ada yang kaya ada yang miskin

pasti takdir punya peranan. Namun usaha dan diri sendiri tonggak utama persepsi diri

biar hodoh pada pandangan rupa, asal cantik tingkah dan laku

biar miskin harta dan ringgit asal kaya budi dan hati


andai hari ini tiada lagi bahagia dihati, tiada guna lagi pada yang cantik, sempurna, senang dan kaya.

salam sayang waniyummy

Tuesday, November 8, 2011

happy belated birthday

Assalamualaikum...sihat semua? Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk menulis di laman ini. Hmm mmg sibuk dengan pelbagai perkara. Sekarang semakin fokus dengan kerja yang sedang dilakukan walaupun kadang-kala ada sahaja yang mengganggu kelancaran.

Semakin memberi segala komitmen yang diperlukan tanpa paksaan. Kerja bukan lagi kerja tapi satu keghairahan yang nikmatnya memberi erti sebuah perjalanan hidup yang belum tiba di nokhtahnya.


Kerja bukan lah sumber rezeki semata-mata, juga sebuah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi kepentingan setiap yang keliling. Gembira apabila tugas berjaya diselesaikan, bahagia bila manfaat dikongsi bersama


Aku bukan nya wanita muslimah yang alim, jauh disudut hati nak sangat menjadi alim, penuh dengan ilmu dan amal.Bukan lah manusia yang kuat untuk menerima segala ujian dengan tenang. Pernah goyah, tapi kasih sayang Allah sentiasa buatkan aku kembali sedar agar kembali ke pangkal jalan.

Liku ranjau berduri sebuah perjalanan yang pernah dilalui mungkin belum cukup untuk menjadi sinopsis padat tentang erti keperitan dan derita sebuah kehidupan. Bahagia bila dihitung jumlahnya pasti lebih mampu menjadi dominan dalam saingan bersama.

Terima kasih semua untuk hidup yang telah kita lalui bersama. Semoga umur yang akan datang ini penuh dengan keberkatan dan redha Ilahi

Happy belated birthday wani! May Allah bless u all the way

Friday, October 7, 2011

wanita dan kecil hati

selamat hari jumaat semua! percayalah, tanpa sedar Jumaat minggu depan akan muncul dalam hanya sekelip mata. tanpa tersedar apa yang telah kita lalui. hmm, pantas nya masa meninggalkan kita.

ok, hari ini jom berbicara tentang wanita dan kecil hati. KECIL HATI bukan bermaksud saiz hati yang kecik yer tuan-tuan semua tapi perasaan berkecil hati atau sedikit sedih ditambah rajuk. ha pahamkan la sendiri ayat tuh....

wanita dan kecil hati memang tak dapat dipisahkan lagi. pastinya tidak semua lah kan. em untuk aku sendiri yang dari kecik lagi kuat merajuk dan gedik nak cepat kecik hati memang la aku anggap ini sebagai isu yang harus aku tangani. mana tidaknya, orang tak beri perhatian masa berbual ngan aku pun aku nak kecil hati. konon-konon aku ni tak penting . harus ke aku rasa macam tu? oh no! bila disebut dengan perkataan segala perbuatan yang menyebabkan aku nak berkecil hati pelempang memang jawapannya. hahaha

bila aku kecil hati mula la bibit-bibit merajuk mahupun sentap sampai muncung sedepa mahupun mogok diam berterusan berlaku. hahahaha. sumpah tak de orang nak layan. hahaha.


so aku sudah mula kikis sikit demi sikit perangai yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada aku. antara yang aku lakukan ialah menyemaikan perasaan positif pada semua orang.

bila mereka tak dengar apa yang aku cakapkan : Pasti mereka sedang memikirkan dengan serius apa yang aku tgh cakap, jadi innitiate semula perbulan tersebut!

bila mereka dah lama tak mesej-mesej aku (woi ini pun nak kecik hati ke?!): mereka semua sedang berjuang untuk pembangunan ekonomi negara. pasti lah sibuk dan perlukan konsentrasi

bila mereka pergi makan tempat best-best lupa nak ajak aku: mesti ini kes nak kasi aku setia teguh berdiri dengan projek weight reducing diet aku yang dah 14tahun berlangsung. muahaha

bila mereka meninggi kan suara pada aku tanpa sedar: haruslah fikir mereka tengah buat latihan pitching suara sebab nantikan nak p karok, so bolehla aku dengar suara mereka at the optimum level muahahaha


dah la tu, cukup sampai sini sahaja, untuk hari Jumaat ini, aku doakan semua kita diberi kejayaan dunia dan akhirat. aku nak jadi wanita yang baik!

Wednesday, September 28, 2011

tips elak gangguan makhluk halus

selamat petang semua. mari berkongsi ilmu. mungkin ramai dah tahu, mungkin juga mampu refresh semula apa yang perlu kita sama-sama amalkan

gangguan dari makhluk halus/ jin/ syaitan sememangnya wujud. wajib untuk kita percaya antara perkara2 ghaib yang wujud ini. ok, antara tips untuk mengelakkan gangguan yang saya dan kite semua boleh amalkan:

1)setiap kali makan baca la Bismillahirrahmanirrahim
2)bila melihat cermin bacalah Bismillahirrahmanirrahim
3) bila keluar/ masuk rumah bacalah Bismillahirrahmanirrahim


secara ringkasnya, ingatlah Allah setiap masa. jom sama-sama amalkan.

Sunday, September 25, 2011

UP AND DOWN

hahahaha. wujud lagi belog ini. banyak sangat perkara yg beyond expectation (wah ayat ko!) berlaku dalam hidup aku sekarang. ya! saya sakit. kalo sekarang nampak saya sangat gemuk jangan nak kutuk sangat, ia adalah kesan sampingan perodsolone dan segala macam ubat serta hormone yang perlu diambil yang mendebabkan lagi badan nih as well as menambahkan selera tahap infiniti huaaaa....

tetap yakin dan pasti, ujian dari Allah tanda kasih sayang dan peringatan serta mudah-mudahan menggugurkan banyak nya dosa aku kat muka bumi ini.

sekarang da semakin sembuh, doakan saya sembuh sepenuhnya.
lepas bergelut (eceh siap gelut-gelut lak) dengan diri sendiri tentang penyakit ada lagi perkara yang perlu digelutkan:

-KAWAN MAKAN KAWAN SAMPAI KENYANG-

sungguh rasa nak menyumpah seranah dengan segala kata-kata kesat yang wujud dalam dunia, tapi itu cuma perasaan, masih ada hati dan perasaan. jadi apa tindakan saya?

berdiam diri?

oh no no no no. saya telah menegur beliau secara berhemah. one to one. aha, sgt cool okeh! yeke? yela, dari aku g sound die kat wall fb, kutuk2 dia dengan kawan2 dan seantero alam kan.


tau apa balasan nya? saya di tempelak habis-habisan

sungguh ego. sangat ego. gila bab nye ego

tapi tadehal la. as long as aku da luahkan apa yang aku rasa n cuba memperbaiki hubungan kekawanan

paling tak tahan aku diajar satu perkara yang mendukacitakan sebagai seorang kawan
dia kata kat aku "dalam biz tiada istilah sahabat yang ada hanya respek"

ececececece..cool bebeh cool....

so kepada sesiapa yang berkawan aku nak share apa yang aku baca kat sini
banyak yang boleh diambil sebagai panduan seorang kawan atau sahabat.

ok lah, cukuplah sesi berkongsi rasa. ayuh semua hargai setiap yang dikeliling kita! mereka adalah bonus buat kita!


Wednesday, August 3, 2011

DOSA ALAM MAYA

Hai pembaca semua, esok da masuk 4 Ramadhan, pejam celik pejam celik je kan? Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ni macam-macam isu dunia blog ni. Ha ha aku ni memang suka blogwalking, silent reader jep...tapi kalau aku komen memang guna nama waniyummy tau!Tak main la anon-anon ni.
kadang-kadang ketawa sendiri dengan pelbagai kerenah blogger sekarang. Macam-macam.
Aku memang tak ambil port pun, dengan isu anon yang menyerang tak sudah-sudah, isu dia tiru dia, isu hal peribadi orang yang dijaja dan macam-macam lagi.
Tak boleh nak cakap apa la kan, mungkin tu sumber rezeki dia, mungkin itu kerja dia, mungkin juga itu cara nak glamour.
Entah, aku belum ada hati nak glamour (ceh! ingat bila ko ada hati ko boleh glamour ke)
Aku ni kadang-kadang terlalu berhati-hati, banyak hati nak jaga, sangat nak menjaga saham akhirat sebaik nya, cukup lah buat dosa dengan orang yang aku kenal secara nyata (ini pun seboleh nya aku nak hilang kan, apakan daya, aku insan hina, tapi ayuh perbaiki diri)

Aku selalu ingat mak pesan bila aku kutuk artis kat TV pakai seksi-seksi, cakap artis tu kurus kering la, tak de aset pun nak tayang la, tak cantik pun nak perasan cantik sgt dan macam-macam lagi. Mak mesti kata

Mak:Eh Kak Ngah, selalu jumpa ke tuuuuttttttt (name artis tu)
Aku: tak pernah jumpa face to face pun
Mak:Dah tu macam mana nak minta maaf
Aku: Buat apa nak mintak maaf
Mak:Kamu da kutuk die, kalau tak sempat mintak maaf kat dunia, habis la kamu diakhirat nanti kena cari dia hanya untuk minta maaf...

SENTAP

Maka, sejak itu aku cuba meminimum kan dosa-dosa kepada org yang tak pernah pun aku jumpa dia, susah wooo nak mintak maaf, kalau aku kutuk Siti Nurhaliza macam mana nak jumpa penyanyi No 1 Malaysia tu..oh tidak. jadi jangan jaja, jangan kutuk , jangan gaduh-gaduh tak tentu pasal

Jadi, marilah sama-sama kurangkan dosa di alam maya ni tau.

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan

selamat berhujung minggu. tak pergi mana-mana pun hari ni. Ayah dan mak ke Perak hantar adik ke asrama. Aku duduk rumah, blogwalking bersungguh-sungguh

blogwalking hari ni, rata-rata cerita tentang Ramadhan dan juga kisah putus tunang penjaga gol bola sepak Malaysia Khairul Fahmi.

Pasti ada hikmah disetiap yang berlaku, moga SEMUA dapat pengajaran dan iktibar. SEMUA tak payah tunding-tunding jari.

semoga jejariruncing tetap tabah dan teruskan kehidupan sebaiknya.


~~~


em, Ramadhan muncul, jadi selamat menjalani ibadah puasa ya semua. semoga amalan kita diterima. dunia ni sementara je diri dan kawan-kawan, nanti tengah-tengah sibuk kejar dunia, Allah ambil nyawa dari kita, bersediakah kita?aku takut...pernah rasa yang maut terlalu dekat je, Alhamdulillah, masih ada masa diberi untuk memperbaiki. syukur, masih mampu bernafas. Ramadhan kali ini mari sama-sama penuhkan dengan ibadah


Kita semua, hidup bersederhana, sama-sama perbaiki dunia dan akhirat


salam ramadhan semua!


Monday, July 25, 2011

menunggu

cemburu....cemburu....cemburu

aloo lo lo lo lo, nak cemburu ape nye cik wani oi?

rahsia..hehehe....

cemburu je tau jangan dengki

kat dunia ni tak dapat balasan, kat akhirat nanti...uuuuuuuuu takutnya

Ya Allah semoga kami sentiasa dlm redha Mu, tekun dan sabar melakukan segala suruhan meninggalkan segala larangan aminnnnn


ok!


seronok sungguh melenggang kangkung kat rumah tunggu bakal suami meminang...ha ha ha xpe, tempoh kuarantin dari bekerja akan tamat selepas beberapa minggu Syawal, jadi haruslah menikmati masa lapang yang ada...


dunia-dunia


hidup ni penuh kejutan kawan2, kadang2 rasa macam tergamam dgn kejutan di dunia ni

lagi la dengan macam-macam yang terjadi dalam Malaysia sekarang

apa yang penting individu main kan peranan masing2 sebagai seorang insan ataupun sebagai seorang Islam



sampai sekarang masih terkejut dengan apa yang berlaku pada diri sendiri, xterkejut je tau tetap redha


banyak je perkara gembira yang berlaku, bila fokus pada kegembiraan , kekejutan yang berlaku pasti sedikit sebanyak dapat di kurangkan


simpati orang cuma tiga hari, lepas tu lantak ko lah kan?

itu apa yang aku rasa, apa yang aku perhatikan


jadi, diri sendiri kena kental dan tabah ok!




Sunday, July 3, 2011

RM12 yang menggembirakan

selamat malam semua
hari ni seharian ke Melaka bersama adik-adik>eni, uda, dan kak nik
wah ada sales la sekarang....keke...kasut jenama kegemaran (kalo korang tau mmg korang gelak la jenama ni sbb biasa nye org berusia je gemar) yang selama ni paling murah beli pun RM29.90 after less....hari ni saya beli dengan harga RM12...

seronok je hari. yelah, da sebulan duduk goyang kaki bersungguh-sungguh..hari ni dapat g jalan2 kekeke.....
sedih duka dan lara atas yang berlaku sebelum tu memang hari-hari, tapi sekarang mood da stabil, da boleh terima...cuma masa memang diperlukan untuk turut menjadi pengubat
setiap yag terjadi akan terjadi,
setiap yang berlaku akan berlalu,
pasti ada hikmah terbaik buat aku

haha, memang nampak dari luaran ala-ala tabah, hati ni memang sukar nak ditafsirkan. tak pe, hidup ini walau selautan nikmat pun, ia tetap sementara
jadi, hargai setiap yang sementara ini.....


kena lah gembira-gembira, 10 hb nanti ada walimah yang akan dihadiri...insyaAllah akan sampai nanti, gembira atas kegembiraan orang lain pun sgt menenangkan....

semoga hari yang dilalui lebih bersemangat...teguh dan utuh menjadi hambaNya yang sedar ruang......


salam sayang, waniyummy





Thursday, June 23, 2011

jujur

antara sifat mahmudah yang sewajib nya kita praktis
sekali lagi aku katakan untuk menulis menjadi jujur memang mudah
untuk praktis pasti ada cabaran yang mana iringan doa itu perlu agar sifat mahmudah itu menjadi darah daging
jujur dalam setiap urusan
tak kira

perniagaan
persahabatan
percintaan

menjadi jujur itu wajib agar tiada hati terguris kemudiaan nanti


untuk insan yang dikhianati akibat tidak jujur
untuk kali pertama, mungkin dimaaf
untuk kali kedua, mungkin maaf masih laku untuk diberi
untuk kali ketiga, semoga ia peluang terbaik buat kamu menjadi jujur

untuk kali ke-14, maaf masih buat kamu
tapi untuk kembali seperti dahulu, mungkin aku yang perlu memohon maaf
semoga kamu menjadi lebih jujur
pada insan yang lain


****
huuuu..sejak beberapa menjak ni, suke nak sensetip sensentap....angin jenis ape pun tak dapat dipastikan....
maybe tekanan bertubi-tubi yang masih cuba untuk diserap belum diterima sepenuhnya
doakan saya kawan2
pasti senyum menghias bibir
hati ini demi Allah, hanya Dia yang tahu

biar apa yang berlaku, selagi masih punya Iman dan Islam aku redha...
amin..semoga aku benar2 redha...

Friday, June 17, 2011

sabar itu penawar

alhamdulillah untuk setiap nikmat dan kurniaNya

bersabar adalah penawar buat aku sekarang

sedaya upaya mengumpul sebanyaknya penawar bernama sabar

yakin pada pada Allah, segala usaha adalah ikhtiar

Allah lah penentu segalanya

jadi aku masih sangat perlukan kesabaran


memandang setiap yang berlaku walau musibah dari segenap penjuru positif

optimistik

sangat penting

hidup ini terlalu indah untuk diratapi

jadi haruslah berusaha untuk bahagia atas hidupnya aku


memang kadang kala terluah juga kata-kata tidak enak

aku ni memang insan lemah

mujur ada tiap yang keliling yang tidak pernah jemu mengingatkan

jadi aku akan tetap bersabar


hari ini aku ingin kita semua sama2 sematkan

aku ingin bahagia

kebahagian itu kita yang ciptakan

gayakan bahagia dalam hidup kita bersama

bermanis muka

berhati mulia


semoga bahagianya aku dalam hidup ini

tanpa perlu ada hati yang terguris



***


apa2 pun cukuplah yakin pada Maha Besarnya kuasa Allah

semoga kita semua sentiasa dalam payung rahmat kasih sayangNya





Friday, June 3, 2011

kata-kata semangat

terus lah bersedia
kita ini hanya perancang
Allah jua penentu segalanya




buat insan yang sedang berusaha,


awan biru yang mewarnai langit
deru ombak yang menyapa pantai
semoga jangan pernah jemu terbit
menunggu saat tiba sampai




biar apa pun halangannya...usah pernah rasa putus asa
yakin pada diri
setiap ujian itu kasih sayang tak terhingga dari Yang Esa
tanda ingatannya buat kita yang pasti ada lalai




biar tiada siapa disisi...buat peneman ranjau berduri
asal Allah ada dihati sudah cukup buat kita menghadapi
kerana tiap insan yang ada disisi itu sementara sifat nya
walau menggunung tinggi harap kita pada nya
dia tetap juga akan pergi bila tiba masa dan ketika



biar kurang pada diri...tetap gigih menggenggam tabah
demi pelbagai impian yang pernah kita bina
agar berjaya nya kita saat akan datang
penuh dengan warna indah perjalanan

***


jatuh bangun dalam kehidupan memang lumrah. bukan menagih simpati bukan harap ditangisi. sekadar berkongsi sedikit kekuatan yang masih ada untuk tetap meneruskan perjalanan yang pasti ada penamatnya

buat insan semua, andai ada walau sebesar hama salah diri, ampun dan maaf aku pinta. aku ini insan terlalu hina yang pasti ada salah
andai ada perhitungan yang perlu dibuat, ku pohon sepenuh jiwa agar perbincangan dimula
aku ini insan pasti membuat salah

***














Sunday, May 15, 2011

serik

lapangnya hati apabila segala yang perlu diselesaikan telah pun diselesaikan
alhamduillah bersyukur atas setiap ketetapan Maha Esa
hari-hari mendatang pastikan dilalui dengan penuh semangat berbekalkan sebuah pengalaman lalu
saya amat menghargai setiap pengalaman
terutama pengalaman yang membawa kepada

SERIK
pengalaman yang dengan segala yang mampu saya lakukan akan diusahakan agar tidak berulang

saya ini manusia lemah
tapi sedikit sebanyak pengalaman memberi kekuatan
memberi lebih banyak ruang untuk saya menjadi bertambah baik

saya sememangnya serik
untuk melalui semula jalan yang pernah saya lalui dahulu atau
bakal melalui seakan-akan jalan tersebut pada masa akan datang

kerana itu saya teruskan perjalanan ke hadapan berbekalkan pengalaman dahulu
kadang-kala punya waktu bertemu jalan seakan yang dahulu
lalu saya gunakan pengalaman meloloskan dari serik yang kedua
kerana pengalaman saya tahu bagaimana untuk teruskan perjalanan
tanpa tersekat lama dilaluan yang dahulunya menyebabkan saya serik untuk melaluinya lagi
apa yang saya tahu saya cuma serik...
bukan trauma

berusaha mengatur langkah agar saya terus ke hadapan

***penting benar mengenal erti serik***




Thursday, May 12, 2011

aku ini bukan pekerja biasa...

peringatan buat diri sendiri yang juga seorang pekerja
setiap pekerjaan selagi ia halal disisi Islam lakukan dengan tekun
bukan sebagai seorang pekerja
tapi sebagai orang yangbertanggungjawab atas amanah yang diberi

tak kira besar mana pangkat kamu
rendah mana gaji kamu
apa yang harus kita sama2 tahu tunaikan
tanggungjawab kamu
bukan sebagai seorang pekerja
tapi sebagai orang yangbertanggungjawab atas amanah yang diberi

walau hanya setitis jasa kamu, asal kamu tetap berjasa
pasti
ada jiwa yang gembira
ada jiwa yang terselamat
ada jiwa yang yang tenang bila urusan menjadi mudah


luahan hati ini aku ini terbit tika saat ini aku amat merasakan
aku ini tidak lagi ikhlas membantu setiap kamu di waktu kerjaku
bila beban kerja ku ini aku rasakan semata-mata satu beban bukan lagi
tanggungjawab


nah, kini aku ambil keputusan
aku harus pergi demi kamu yang tak mampu lagi aku bantu
moga ada yang terbaik buat ku
kepadaMu sahaja aku berserah

Saturday, May 7, 2011

ku bahagia

kebahagiaan pasti milik kita andai itu yang dicari
kesulitan itu adalah antara pengisian sebuah kebahagian
kebahagian bila kita amati pasti nya ada di mana-mana
mendengar khabar orang tersayang sudah selamat sampai ke tempat yang dituju
itu antara kebahagian yang mampu aku rasakan
bahagia
punya hati yang lapang , jiwa yang tenang
andai kesulitan yang dirasa itu mampu menjadi mengingatkan kita padaNya
sudah pasti itu juga sebuah kebahagian

andai kesakitan itu mampu menyedarkan diri dunia ini sementara sifatnya
itu juga kebahagian

nukilan ini memang pantas jari jemari titipkan
untuk hati dan jiwa bersatu padu mengatakan
AKU BAHAGIA
sudah pastinya perlukan satu usaha
yang akhirnya dengan usaha itu juga adalah kebahagiaan
hidup ini terlalu singkat untuk di sia2 kan

kamu bahagia?
ya, bahagia masih punya ibu ayah dan keluarga tercinta
punya sahabat yang ada disisi
punya makan dan minum yang Alhamdulillah lebih dari cukupnya
###

buat kamu insan yang walau cuma sekali bersua
andai aku lihat kebahagian kamu aku pasti juga merasakan bahagia itu
amat mendoakan kebahagiaan teguh buat mu
kerana saat kita bersua itu aku yakin kamu sedang tabah menghadapi getir
moga kamu bahagia





Friday, May 6, 2011

zaman bujang yang akan berakhir

seronok mendengar khabar yang beberapa sahabat akan mengakhiri zaman bujang dengan sebuah ikatan perkahwinan.....
seronok dan sedikit cemburu...

wah gitu....katakan sahaja yang aku ini memang dah tak sabar nak menjadi seorang isteri kepada suami yang saya cintai....sila geli hahahaha

memang masih dalam perancangan yang pasti segala nya aku serahkan kepada Allah, Dia lah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya
biar setiap kerdipan mata dan helaan nafas ini dalam redhanya
biar payah untuk ditelan
biar sakit untuk diluah
asal masih ada cinta dari Nya...aku tetap utuh untuk meneruskan perjalanan ini


Jalan kita tiapnya berbeza tapi tujuan nya sama..
terkadang mungkin kita sehaluan
terkadang kita punya haluan tersendiri
usah bertelingkah bila kita sentiasa ingat tujuan kita tetap sama
cuma jalan yang berbeza


Buat insan kekasih hati bakal suami yang sentiasa ada disisi
sentiasa ada walau hanya untuk sebuah senyuman
doakan di hari yang penuh keberkatan agar teguh jodoh kita bersama
sampai syurga


Buat sahabat
yang bakal menjadi suri di hati suami
yang bakal menjadi ketua buat isteri tercinta
moga kamu sentiasa dalam limpah rahmat Allah
bahagia sampai syurga

undangan walimah anda semua selagi ada kudrat izin dariNya aku pasti penuhi
InsyaAllah


salam sayang

waniyummy

Tuesday, April 12, 2011

down 2 saat


indah dunia walau selautan nikmat pun ia tetap sementara


masih tercari-cari inikah jalan yang harus aku teruskan perjalanannya...
atau...
aku harus berpatah balik mencari simpang yang sepatutnya aku ambil
mungkin suatu ketika dahulu saat aku melaluinya dulu aku terlalu rakus untuk jalan terus kehadapan
tanpa ku beri secukup ruang buat diri mencari dan menetapkan pilihan saat aku di simpang itu
haruskah aku berpatah balik?
atau teruskan sahaja perjalanan yang buat insan lemah ini aku katakan aku sudah tiada daya lagi....
segenggam kekuatan yang kumpul saat aku memasuki jalan yang baru ini aku rasakan sudah habis aku kerahkan
ya..aku sedang mengaku yang aku ini hampir putus asa....
aku hampir putus asa.....
jasad dan rohani ini seolah2 saling bertelingkah
jiwa yang selama ini cuba aku damaikan kian menunjukkan gelora yang tiada bendung


kini aku cuma ingin menumpang walau secubit kekuatan itu dari kamu
kalau kamu izinkan aku ingin pinjam kekuatan itu dari kamu
boleh atau tidak?
kerana kamu harus tahu aku ini sudah tiada daya

YA BOLEH!
AMBIL SEBANYAK MANA YANG KAMU MAHU
MEMANG AKU SIMPAN TIAP KEKUATAN PADA DIRI INI BUAT KAMU


itu jawapan daripada kamu yang buat aku rasa aku ini masih perlu dan akan terus berusaha
kerana aku ada kamu.....

buat kamu yang setia disisi saat perit jerih aku menjalani sebuah dunia kehidupan ini aku ucapkan
terima kasih dan semoga Allah melimpahi rahmat kasih sayangNya buat kamu
kamu itu tiada ternilai budinya


buat kamu sahabat,
terima kasih atas setiap pertolongan
aku perlu kamu untuk terus bangkit menuju alam hakiki


salam sayang.....waniyummy



Wednesday, April 6, 2011

housemates best!

Salam semua!
Sejak kebelakangan ni memang sangat berperasaan untuk meng upadate blog..ntah datang dari mana perasaan tu saya pun tak pasti....
tapi macam pernah saya katakan dulu....menulis di blog dengan penuh perasaan sedikit sebanyak meredakan gelodak jiwa yang kadang tak tertanggung dek jasad sendiri

iya!selesai sahaja click PUBLISH POST dapat rasakan sedikit kelapangan
biarlah orang nak kata syok sendiri pun.....memang itu pun kan?hahahaha

korang semua kenal housemates saya?kalau tak kenal tak per.....bagus pun untuk saya bercerita
housemates saya memang housemates terbaik dari ladang strawberry coklat (ada ke?)

hari ini balik kerja awal....jadi lepas solat maghrib tadi ikut mereka g KELAS TAJWID....rajin kan mereka...saya hanya ikut.....kat Masjid Putrajaya


lepas balik dari kelas tu kami pergi makan berempat
sangat best...lama rasanya tak spend masa makan sama2 dengan mereka
borak2....
housemates saya memang dari kategori wanita2 ayu solehah
oh!sangat cemburu dengan keperibadian mereka
iya...
cemburu
menjadi seperti mereka memang memerlukan kecekalan
hormat pada mereka kerana luhurnya peribadi mereka
terkadang rasa malu menjengah juga di lubuk hati
terkadang rasa cemburu amat menguasai diri



apa-apa pun aku bersyukur mereka sahabatku....menjadi sekeliling ku
yang aku harap keperibadian mereka sedikit sebanyak akan menjadi keperibadian aku
Ya!menjadi lebih baik pasti itu pilihan kita!


housemates kamu best?






Monday, April 4, 2011

hilangnya ia

selamat malam semua....
mode:sedih:(

bila kita kehilangan baru kita nak menghargai....
insan, benda atau perkara yang bila ada kita buat endah tak endah, wujud tak wujud sahaja

Nah!sekali ia pergi...hilang....tanpa sempat kita menghargai......tanpa sempat......
memang tiada tara kesakitan yang kita akan rasa
peritnya rasa kehilangan
sedihnya rasa satu pemergian
luluhnya tiap getar jiwa atas sia-sia yang kita lakukan sewaktu wujudnya ia sebelum kehilangan

susah untuk mentafsir setiap yang hadir
payah untuk menyapa tiap yang keliling

tapi bila sunyi itu tiba
maka tahulah kita
biar payah untuk mentafsir biar susah untuk menyapa pasti akan kita lakukan jua

kerana :
sunyi itu pasti tiba
hilang itu sememangnya wujud
pergi itu memang ketetapan

bila sunyi makin menyapa
usahkan ucapan salam...sebuah senyuman sudah cukup untuk mendamai sunyi
cukup memadai untuk rasa masih dihargai

Luaskan erti penghargaan?


kadang kala kita mugkin terlepas pandang
Ya!kita manusia biasa yang pasti ada lemahnya
yang pasti ada lupanya

Namun, andai wujud sekeping hati yang tahu menghargai...
cukup untuk membantu tiap lemah
cukup untuk mengingat setiap yang lupa

hargailah....

sementara setiap ia masih ada


salam sayang...waniyummy




GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA




saya pun nak join...

da...


Saturday, April 2, 2011

perancangan yang superb

salam berhujung minggu semua

wah best nya dapat cuti kan?
sedihnya waniyummy tak cuti pun...
hari ni kerja 8 pagi-5ptg...esok pon same....nak mengeluh....tak perlu...
bak kate kawan yang masih menganggur "bersyukur da dapat kerja"....
ok aku cuba kuatkan semangat...hua bidang pekerjaan aku nih sgt2 mencabar emosi dan mental....fizikal sikit pon tak hehehe
tapi buat masa sekarang masih mampu bertahan
terus berdoa andai ini terbaik untuk aku kekal lah ia..perbaikilah ia
andai ada lagi yang lain terbaik buat aku semoga Allah permudahkan perjalanan dunia fana ini
teruskan kan berusaha dan Allah sahaja tempat aku bergantung....bukan org lain...bukan bos aku....bukan sapa2...hanya Allah
kita boleh jadi perancang yang superb...tapi siapalah kita untuk menjadikan rancangan itu realiti tanpa izin dari Allah

buat insan-insan yang sentiasa ada disisi untuk setiap luahan hati
terima kasih


Mari sama2 tingkatkan keperibadian kita dengan bahasa2 yang sopan dan indah
Perilaku yang mulia dan menyenangkan
Bahasa menunjukkan bangsa...tak gitu?







Wednesday, March 16, 2011

wanita dan emosi

kekekeke
sebelum membaca dengan lebih lanjut waniyummy nak bagitahu
nukilan ini mmg dihasilkan di saat saya tgh mengawal emosi yang sgt angin satu badan
hahahahahaha
nak marah tapi nak belajar untuk mengawal kemarahan sebab
MARAH ITU STRESS atau MARAH ITU TEKANAN

jadi hidup yang penuh tekanan ni kita jangan tambah lagi dgn tekanan yang kita mampu kawal

tapi kadang kala bila kita secara zahir nya dapat mengawal tekanan adakah dari segi dalaman nya kita mampu mengawal ye?

waniyummy pun tgh confuse dengan diri sendiri

ok lah memang i emo sekarang

jom tdo!

Saturday, March 12, 2011

indah nian

salam sayang
selamat berhujung minggu semua
i am so happy right now
now at home sweet home
lalala~~~~

best balik kampung sebab
1)dapat tgk muka mak and ayah yang sihat di depan mata (sgt lega dan menyenangkan ok)
2)dapat peluk adik2 kuat2 lagi2 ABDUL yag sgt wangi...peluk dan cium dan peluk dan cium tak puas2...rindu sgt!
3)dapat makan tanpa segan silu
4)dapat bergosip bersama ibu tersayang...update ape2 yg patot....hehehe
5)dapat main masak2 dengan adik2....bukan masak ye tapi main masak2
~~~banyak lagi la yg lain~~~~



tapi ade juga perkara2 kurang best bila balik kg
hua..pemeriksaan MyGG yang selalu tak melepasi syarat2 Encik AYAH
oh ayah.....tensen nya
kena syarahan berjam lamanya tentang keganasan aku drive kereta...
aku ke yg salah?
allignment dan segala berkaitan tayar yang saban kali aku balik kg mesti kena betulkan
plat kereta pulak time sampai kampung time tu la nak patah bagai
kemudian aku dilabelkan sebagai GANAS
huaaaa


tak pe itu semua untuk kebaikan jadi anggap la sebagai perangsang untuk jadi pemandu yang sgt cute lagi terpelihara keselamatan keretanya

Wednesday, March 9, 2011

bisik hati

alhamdulillah untuk hari hari yang telah dilalui....
masih lagi diberi rezeki untuk menikmati indahnya dunia fana
lazatnya makanan yang masih mampu ditelan


sejak menceburi dunia pekerjaan serius aku tahu ape erti penatnya membanting tulang, memerah keringat, mencurah idea, mengawal emosi dan segala macam perkara lagi demi mencari rezeki
semoga rezeki itu diberkati Allah
sedar tak sedar masa itu terlalu cepat berlalu
belum sempat menyapa sudah pun berlalu tanpa sedar

menjadi insan yg sememangnya terlalu lemah kadang kala mengundang putus asa yang kerapkali menjengah dibenak jiwa

namun syukur ku panjatkan buat Ilahi Pencipta ku atas sekelumit kekuatan yang masih utuh di hati

bertahan dan terus bertahan kerana kita ini hamba yang sedang dalam perjalanan menuju satu destinasi pasti

moga tiap langkah dan hembus nafas masih dalam keimanan dan limpah kasih sayang Ilahi
moga tiap yang berlaku menjadi punca berjaya nya kita di dunia fana dan negeri abadi nanti
moga tiap hari yang terus berlalu mampu menambah kebaikan dalam diri kita

***ye saya sedang mengingatkan diri saya***
waniyummy!
teruskan bertahan!yakinlah pada bantuan Allah!




***
kawan2,
selesai da luahkan perasaan dan ingatan buat diri sendiri
esok dah mula bekerja
doakan yang terbaik buat kita semua
baru je menjengah blog Sukur Ibrahim
muahahaha
meletop gitu!
saya doakan dia tetap dia yang saya kenal 4 tahun dulu
kuat dan gigih
sabar dan tekun
yang paling penting comel dan cute


bodek baik punya!nak trafic sikit boleh?
muahahahahaha



~~~ok semua masa da time~~~
time to sleep

salam sayang
waniyummy






Wednesday, March 2, 2011

moga cinta tetap hadir

salam sejahtera semua
em...hari ni mmg da set nak berkongsi tentang kisah cinta saya yang da terkubur
dia yang sebenarnya sgt penting untuk saya tp die selalu mengalirkan air mata saya dengan sikapnya yang tak pernah berubah walaupun saya banyak kali bagi peluang kepada dia
akhirnya saya mengalah....saya tinggalkan dia kerana saya mmg tak tahan lagi dengan perangai dia yang saban waktu mmg mengecewakan saya
bayangkan saya lakukan apa sahaja demi untuk bersama dengan dia..
sanggup menunggu lama walaupun die janji nak sampai 7.37 pagi tapi die tiba 8.40 pagi.. belum kira yang kadang kala dia tak muncul2 tanpa sebarang khabar berita
akhirnya saya duduk bersendirian mengalirkan air mata kerana kecewa nya saya..sakitnya hati saya kerana janji dimungkiri
tapi saya masih setia mengharapkan kamu pasti akan berubah selari dengan kematangan mu
sanggup menghidu segala bau yang ada padanya...bau rokok yang mmg saya benci (saya selalu doa cinta hati saya tak merokok tp kamu hadir juga dlm hidup saya)...bau ketiak masam selepas pulang dari kerja....bau wangi yang kadang2 mmg saya tak boleh terima dan akibat kan saya bersin sepanjang hari.....
saya biarkan sahaja kerana setianya saya pada kamu tanpa belah bahagi
sanggup berlari ala2 100m punya sprinter sbb tak nak kamu tunggu saya lama2 bila kamu da sampai
baik kan saya?patuh kan saya?
tapi apa yang saya dapat....kamu x lindungi pun saya..biarkan saya ditolak2, dihimpit2 malah kadang kala dipijak2 oleh orang lain
tak penting ke saya ni?
jadi beberapa hari lepas saya da buat keputusan kamu harus saya tinggalkan
kesetiaan ini bagai tiada penghargaan
tapi saya yakin saya pasti akan kembali pada kamu saat2 terdesak yang kamu saya harap sentiasa ada untuk saya
jadi komuter babai...i da naik star lrt skarang...kekekekeke
i luv u all...
salam sayang waniyummy

Saturday, February 26, 2011

usaha sehabis baik

selamat sejahtera semua!
Februari 2011 sedang meninggalkan kita....bagaimana dengan azam 2011 kita?
masih merah membara!penuh kobaran semangat dan usaha?
jadi sentiasa perlu boost up energy dalam diri kita agar azam itu tercapai
harus on track...namun andai tergelincir cuba dapatkan bantuan untuk tetap di track bagi menggapai azam..itulah pentingnya sahabat2 sebagai pembantu di sepanjang perjalanan...maaf bukan pembantu tapi sebahagian daripada perjalanan itu sendiri perlukan sahabat2 dan orang keliling.....
buat waniyummy pula sedang sehabis baik menerima ketetapan yang sedang dilalui sekarang...tiada alasan untuk tidak merealisasikan azam dan impian saye kerana saya yakin adanya Pencipta saya yang sentiasa mencurahkan kasih sayang dan peringatan buat saya. Alhamdulillah....
saya tahu perangai saya yang kuat merungut ni memang kadang kala melumpuhkan segala kekuatan yang saya cuba kumpul untuk menerima satu realiti yang saya lindungkan lebih tiga tahun ini
dan jika kini adalah masa yang sesuai untuk semua juga menerima realiti ini saya harap Allah permudahkan urusan saya...berikan saya kekuatan kerana saya tahu dunia ini realiti yang walaubagaimana saya cuba elak ia pasti perlukan saya untuk berdepan dengannya
andai realiti ini terbaik buat saya, saya terima penuh redha...kadangkala bila anda terlalu letih dengan realiti dunia, hanya Pencipta yang sahaja tempat anda meluahkan segala...sahabat2 mungkin tidak lagi mampu untuk membantu
iya!saya sedang sehabis baik berusaha agar azam saya ini tercapai....ia antara azam terbesar dalam sejarah hidup saya
Semoga kita semua ini terus mencari hikmah disebalik setiap ketetapan yang Allah berikan buat kita
Usah merungut, usah mengadu domba, usah mengeluh
atas ujian yang diberikan
dunia ini hanya sementara
kematian itu terlalu dekat dengan kita
sekelip mata pun ia boleh datang tanpa diduga
melenyapkan segala aturan yang kita rancang
teruskan perjuangan sebagai hamba
teruskan perjuangan sebagai khalifah
teruskan perjuangan sebagai insan yang punya fitrah seorang manusia
kerana kita ini hamba yang sentiasa dilimpahkan dengan rahmat kasih sayang nya
salam sayang waniyummy

Thursday, February 10, 2011

makan untuk hidup

Pertama sekali nak ucapkan selamat hari Jumaat
Penghulu segala hari
Pantaskan masa berlalu?
Semoga setiap saat yang kita lalui dalam redha Allah
Sempena hari Jumaat jom kita berkongsi ilmu ye sahabat2
Nak tau kenapa aku pilih nama waniyummy?
Of course la sebab aku ni sgt suka makan!yummy!yummy!
cuma kebelakangan ini kesukaan tu ada kekangan kekeke iye ke?
tipu!
hahaha
tension lah macam mana pun TAK de nya aku nak ckp:
"ah, tak da selera lah"
kekekeke
memang tak?
demam pun aku masih berselera untuk makan
monster kan?
kekeke
Jadi hari ini mari kita berkongsi adab2 makan yang sebolehnya haruslah kita terutamanya AKU dan kawan2 yang suka makan amalkan
ye la makan haruslah ada adab
makanan tu lah akan menjadi darah daging
makanan tu la akan bertukar jadi tenaga untuk kita meneruskan rutin harian sebagai pelayar di Bumi ini
Antaranya
1)Mesti dimulakan dgn Bismillah diikuti doa makan
*tak kira la lapar mcm mana sekurang2 nya ucaplah Bismillah
*mestilah ingat pd Allah kerana rezeki itu dariNya kan
*ayuh sama2 amalkan!
2)Gunalah tangan kanan
*walaupun makan guna sudu, haruslah disuap dgn tangan kanan
(aku dulu kidal bila buat kerja, makan guna sudu mesti nak guna tangan kiri, tapi bila selalu ditegur famili dan kawan2 aku mampu berubah, terima kasih!)
*Muliakan diri ye sebab itu guna tangan kanan
3)Usah mencela makanan
*oh ini serius!aku sentap as selalu ckp mknn x sedap lebih2 lagi di C**W.Jadi usah teruskan kerenah ini.
*yakin itulah rezeki buat kamu, tak suka jgn makan!jgn cela!ye waniyummy!
4)Usah bersandar ketika makan
*pasti lah bermalas2an jika buat begini
*bak kata seorang sahabat buat apa2 harus bersemangat!jadi makan wajib lah bersemangat!
*bila bersandar, bersemangat ke?
5)Mula makan dari tepi yang paling hampir dengan kita
*sgt nmpk cute dan sopan ok adab ini!
*bila begini kita pasti akan lebih berhati2 sebab kita nampak dengan jelas setiap yg dimakan
6)Jilat jari setelah selesai makan
*iya, sains telah membuktikan ia membantu penghadaman
*cuma bila tidak diamalka rasa canggung apabila dilakukan di tengah2 fooddcourt!mana boleh fikir begitu ye waniyummy!
7)Akhiri dengan Alhamdulillah dan doa selesai makan
*kenyang kot!sila bersyukur
Ok, itu sahaja buat hari ini, bnyk lagi adab2 yang harus kita amalkan....
Sama2 praktiskan
Benda yang simple bila diabaikan itulah punca pada kesulitan yang akan datang!
you are what you eat!
amalkan makanan seimbang
hidup yang aktif dan ceria!
Selamat Hari Jumaat!

Wednesday, February 2, 2011

tips sihat seorang wanita

selamat petang.waniyummy here!anda sihat pada hari ini?alhamdulillah atas kesihatan tersebut.bagi kamu yang kurang sihat, jaga diri baik-baik ye!makan ubat, rehatkan diri.
waniyummy baru pulih sepenuhnya dari demam.dan sangat ajaib apabila tidak cuti pada hari demam.memang rasa disaster hbs mase kerja pada hari Isnin lepas.Kaki yang memijak lantai ofis seoalah-olah terawang2.semua yang terjadi pada hari Isnin sangat2 masuk telinga kanan terus meluru keluar telinga kiri.
sampaikan pada hari kejadian terpaksa bersungguh2 menyusahkan orang yang tinggal di nun jauh di pinggir bandar untuk dtg ambik saya di tengah kota dan hantar saya pulang.takut mencabar kemunginan di dalam train.pernah pengsan dalam komuter dan juge dalam bas sebab berlagak konon2 hebat sangat membiarkan badan yang lemah menggagahi perjalanan lantas lebih banyak menyusah kan orang.
aku pernah aku titipkan dlm tulisan sebelum ini, bila aku sakit atau kurang sihat aku akan menjadi amat penyedih, jadi sokongan moral pada waktu itu sgt2 diperlukan walaupn aku hanya pening kepala.ye!jadi jika ada kawan2 anda atau kenalan anda jatuh sakit atau di masuk kan ke hospital sila lah melawat jika punya kelapangan cukup sekadar memberi senyuman penuh kebahagian buat dia walau tanpa berkata walau sepatah dia pasti cukup gembira.
hidup di bumi ini bukan lah kita seorang tapi penuh dengan insan sekeliling yang adakala kita lupa yang dia perlukan kita walau sekadar peneman..jadi bila sakitnya dia pastilah perasaan itu terbit secara melampau dalam hati mengharapkan peneman itu ada untuknya.
jadi hari ini aku sihat sepenuhnya mungkin sebab kasih sayang dan sokongan yang aku perolehi.tanpa bertemu doktor, aku mampu mengharungi setiap darjah celcius yang meningkat.aku rasa kasih sayang itu pemangkin tindak balas cepat untuk antibodi diri melawan demam.aku mampu melawan sakitnya tubuh badan yang aku gunakan tanpa henti
satu lagi aku titipkan kegembiraan di sini, dah 2 bulan ye tak period pain guling-guling. Alhamdulillah! nikmatnya sihat itu perlu nya aku hargai aku syukuri.serius ini tipsnya. aku rasa aku sudah menjumpai tips tersebut! BANYAK BERJALAN KAKI. aku pernah baca tentang ini sewaktu menyiapkan thesis degree.masa tu buat psal fizikal aktiviti dan kaitan dengan status berat badan. jadi antara journal yang aku baca memang ada perkaitan antara fizikal aktiviti dan period pain.buat masa ini malas nak cari mana journal tuh!keke
jika ini hikmahnya aku bekerja pada hari ini. ye aku sangat gembira.
ok mungkin itu sahaja buat masa ini. ada temu janji di Bintang dengan shower foam kat sana! toilettries dah habis!jom g shopping
dear all!thanx for viewing my blog!

Saturday, January 29, 2011

perhatian

rindu rasanya pada blog ni.sangat berharap blog ni tak ramai pun yang baca.dan sangat berharap apa yang anda baca jika ia berkaitan dengan diri saya sahaja, bila habis baca maka ia tamat di sini ye.tapi jika ia ilmu sampai2 kan lah ye
walaupun sekerat je yang baca blog ni saya nak ucapkan jutaan terima kasih sudi singgah.
memang kebanyakan dalam blog ni luahan hati saya.
tak best pon.apa yang boleh saya kata kan saya ni kuat mengeluh, suka mengadu domba?yeke?tapi ada orang kate tak pun..tapi saya rasa ye..ada masalh sikit pon nak emo.kate waniyummy haruslah ada emo kekekeke
hari mood sangat pelbagai.bila kerja memang tak boleh nak cakap apa sebab segala jenis mood saya akan dibayar dengan wang ringgit jadi saya rela dengan perasaan saya diabaikan tapi bila saya diluar waktu bekerja saya harap saya dilayan dengan baik.ye saya sangat perlukan perhatian.sangat2 memerlukan perhatian.bukan gedik nak perhatian tapi mmg sgt memerlukan perhatian.saya kecewa bila rasa kurang kasih sayang.
dari mak ayah memang cukup sgt2.tapi mak ayah jauh, tak dapat nak diluahkan secara fizikal.sebab tu bila ada kelapangan saya wajib balik kg kerana rasa secara fizikal nya saya kurang kasih sayang.anda begitu?mungkin saya je kot sebab saya ni memang kalo anda kenal secara dekat pasti menyampah.jadi buat yang masih bertahan terima kasih
saya sangat suka berkawan dengan orang yang suka memberikan perhatian kepada saya, tapi nanti diayang tak suka saya sebab rasakan yang saya ni sangat melampau perhatian yang diperlukan
kadang2 saya akan rasa keseorangan yang amat sangat.macam sekarang ye!rasa cam sangat sunyi kot!rasa cam ape je.
tapi satu je yang saya sangat pasti.saya boleh dpt perhatian yang hakiki.ye!dari Pencipta saya sendiri.cuma terkadang saya sangat lalai utk mengingatinya
jadi saya harap saya masih diberi waktu demi sebuah perhatian hakiki
saya tahu saya diuji kerana prihatinnya Pencipta saya
saya tahu inilah perhatian yang saya minta
jadi saya harap dengan itu, perasaan kasih sayang antara saya den Pencipta saya bertambah mekar
~~~bimbing saya~~~

Monday, January 24, 2011

kasihnya ibu dan ayah

salam semua
yehaaaa waniyummy sedang bercuti...now di Johor...ada disamping famili tersayang...balik sebab cuti 2 hari..kalo cuti sehari memang x sempat, belum sehebat itu untuk ulang alik ye...
drive sorang2 memang memboringkan ditambah dengan satu masalah yang sangat menyakitkan hati
**arial (betulke eja camni?) kereta kena curik**
da 2minggu kot
memang kepale lutut punye pencuri, sgt2 menyusahkan aku memang mintak makian btol ko kan?
tapi aku tahu ni ujian dari Allah..harus sabar..jadi aku macam buat2 xde ape berlaku, x dengar radio sebab nak rase sunyi yang aman (walhal sbb x clear)
tp tadi bile aku xdpt dgr radio sepanjang 330 minit perjalanan seorang diri memang sgt sunyi ok rase hati ni memang sgt nak tanye pencurik bahlol tu kenape ko curik arial aku?ape salah aku?ape hak ko nak amik arial aku?
ko tau tak kereta tu pun aku xhabis bayar lagi ko nak tmbh pembayaran aku lagi ye
jadi duit, sile bersedia utk ditukar dengan arial yg baru
***
so now kat Johor ni seronok sgt sebab ade famili depan mata, sgt tenang ok, even ade sedikit kesedihan sebab Abdul demam teruk.Mak suruh bawak g hospital tapi ayah tak bagi sebab x sanggup tgk Abdul duk hospital.doakan Abdul sembuh yer.Die la pengerat kasih sayang kami sekeluarga
Kasih nya mak, tak nak biarkan pun anak dia kesakitan walau sekejap cuma, kasih ayah x sanggup nak biarkan anak menderita sebab rawatan
keadaan yang sgt rumit ye
dan aku tahu mak dan ayah masing2 cuba nak pastikan yang anak2 mereka dapat yang terbaik
oh sedih kan?
***
bila da besar panjang mcm skarang baru la tahu yang ape yg mak ayah buat selama ni memang for the sake of our happiness
memang rasa bersalah bila terkenang kan kadang kala aku kat sana bergelak ketawa dengan terbahak2 nya sedangkan mak and ayah kat rumah sibuk dan susah adik2 yang lain
jadi kawan2 bila nampak saya ketawa terbahak2 tolong ingat kan aku
ketawa sikit2 boleh la kan aku kan suka nak over2 ni lebih2 lagi dengan lawak2 tahap tangkap kepale otak if tak gelak oleh beberapa makhluk x berapa nak halus saiz badannya
ok now nak tido as esok pagi memang da janji dengan nor uda and eny nak masak sarapan sebelum mereka ke sekolah
sila percaya ye semua
pss:Adik dpt masuk MRSM, haruslah sebagai kakak buat ape2 yang patut.silekan wani!

Saturday, January 22, 2011

kamu antara kebahagian saya

anda bahagia hari ini?
saya sedang memikirkan sama saya bahagi atau tidak
sekejap ye, 2 saat utk berfikir.....
ok saya bahagia
masih lagi seorang Islam
masih lagi punya nyawa dan waktu untuk menjadi yang lebih baik
masih punya insan2 tersayang disisi
tapi hari ini aku ingin berkongsi pada kata2 yg tersemat rapi
ye istilah expect what you unexpected perlu la disemat dalam jiwa
kita memang mampu lagi pakar merancang
namun Allah jualah yang menentukan
tau?beberapa hari yang lepas dapat satu sms yg bertulis:
awak jom tunang tahun nih.
*pengsan*
aku pun kuatkan la semangat nak bakar line konon2 so reply la bila.jwpn yg diterima
bulan 6 ni awl bulan
**2X pengsan**
lantas aku pun konon2 kuat sgt tanye la nape awal sgt.ni jawapannya
sbb paling lambat tahun depan kite da boleh kawen, kena rancang skarang, nak beli rumah lagi bla bla bla bla bla
terus pengsan tak bangun2
kekekeke
huhu...bahagianya rasa seolah2 sudah dilamar secara rasmi ok
tapi yakinlah, hari ini hidupnya aku dimuka Bumi bukan lah utk diri aku yang sendiri ini
tapi juga utk ibu dan ayah juga adik2 yang masih memerlukan perhatian aku, bantuan aku keringat aku
andai benar telah ditakdirkan kamulah peneman hidup dan penuntun jalan ku, aku redha dan aku sungguh2 bahagia dengan takdir itu
cuma apa yang mampu aku nukilkan disini aku ini masih mencari kuatnya diri untuk setiap yang akan aku tempuhi
yakin pada kasih sayang kamu itu pasti
cuma waktu nya belum pasti
*ok mase utk tdo, saye ini bersemangat ginseng ye, esok kerja da*

Thursday, January 20, 2011

jiran tetangga

aku nak juga menulis walaupun sikit je nak ditulis...
kekeke...saye sgt2 gembira sebab saya akan berpeluang balik Johor Isnin dan Selasa nanti
Lamanya rasa x balik Johor..walhal x sampai sebulan pun lagi....
rindu betul pada ibu yang sgt saya sayangi
ok hari ini nak cerita pasal jiran tetangga
anda hidup berjiran?
emm sejak dua menjak ni jiran saya semakin saiko..takut..mereka reka cerita yang membuat kan saya nak keluar rumah pun menggigil
bila cerita pada kawan2 yang lain kena gelak je..
cet
hesh..kok yer pon nak berbual2 jgn la tambah2 cerita2...aku ni penakut ok
tapi aku harap sangat kehidupan aku bertambah baik so that dapat la beli rumah kat Orion
muahahahaha..konon2 selamat la kan
ape2 pon aku kita kena berserah sahaja pada Allah
mana2 kita berada pun hanya Allah yang boleh membantu
kita
ok~~nak tido esok I keje. U ols doakan i tenang ye esok
kerja i sgt memerlukan ketenangan
s

Saturday, January 15, 2011

cemburu

Masih tercari-cari satu kepastian.Andai ini takdir ketentuanNya aku cuba dengan redhanya menerima setiap yang tersurat kerana pasti ada yang tersirat buat aku
Arghhhh entah redha entah tidak kan?
Haruslah redha, kerana Allah Maha Mengetahui
Jadi aku doakan yang terbaik mengiringi perjalanan hidupnya aku
Haruslah yakin pada kuatnya diri sendiri


Kadang cemburu pada cemerlangnya insan lain
Kadang kecewa dengan kurangnya diri ini


Apa yang ada pada diri ini hanyalah segenggam tabah
yang aku harap masih utuh demi sebuah perjalanan yang baru bermula
Mampukah aku?

***
selesai sesi meluah perasaan
now bersiap untuk sarapan
roti nan terbaik
milo ais

pastu ke shah alam
da~~~~

Thursday, January 13, 2011

Buat kamu

Kawan,
Terima kasih aku tuturkan pada kamu
Sudinya kamu memberi senyuman
Sanggupnya kamu berbicara dengan aku
Cukup membuatkan aku rasa aku ini wujud dikalangan kamu

Teman
Terima kasih aku ucapkan buat kamu
Sudinya kamu menyapa indah perjalanan hidup aku
Sanggupnya kamu berkongsi rasa bersama aku
Cukup membuatkan aku rasa aku ini bukanlah keseorangan

Sahabat
Terima kasih aku titipkan buat kamu
Sudinya kamu disakiti oleh lalainya sifat aku
Sanggupnya kamu menegur kekhilafan aku
Membuatkan aku rasa aku ini punya ruang untuk menjadi hebat seperti kamu

Sayang
Terima kasih aku ini tak terucap buat kalian
Sudinya kamu terima buruknya nya aku
Sanggupnya kamu bergadai segala hanya kerana aku
Membuatkan aku rasa aku ini kosong tanpa kamu

(mood sayu)
Rangkaian kata2 ini khas buat kalian semua yang pernah hadir dalam hidup ini. Walau sementara perkenalan kita, terima kasih aku ucapkan tas perkenalan itu.Maaf aku ucapkan atas segala yang mengguris.
Kadang diri ini terlalu alpa mengejar sebuah kehidupan. Terlalu lancang apabila berkata2. Apabila tersedar aku tahu aku hampir kehilangan kamu

Sejak 2 menjak ini aku memang asyik nak emo je.Entah.........banyak hati rasanya aku guris apatah aku abaikan demi diri aku sendiri. Mungkin fikiran masih berserabut.
Tapi bukan alasan untuk aku melukai kalian.Maaf.

Saat aku kesunyian ni.....
Aku rindu!
Rindu pada setiap insan yang pernah hadir mewarnai hidup aku.
Rindu pada ibu yang aku tahu dia sedang berduka tanpa aku disisi.
Rindu pada ayah yang aku tahu dia amat menyayangi aku anak perempuan sulungnya
Rindu pada adik beradik yang amat aku sayangi

***Aku ini terlalu perlukan kalian , terima kasih semua!***

jgn sedih2 mari layan gmbr2 dibawah:

terima kasih kamu2



1st coursemate yang kahwin..weeeee***jeles***


5 tahun bersama...selalu rindu...

setelah 4 tahun bersama2


bertemunya kami memang dirancang...muahaha!




Wednesday, January 12, 2011

RED

Muahaha..peluang yang tak mungkin aku lepaskan bila ada bab2 diskaun kat makanan yang sememangnya terlalu sinonim dengan hidup aku....hari ni ade Roasters Healthy Eating Day. Boleh dapat 1 set quater meal free bile beli 1 quarter meal hanye dengan pakai baju warne merah
maka dengan gigihnya aku pakai baju merah dan tudung merah hari ni...hahaha
semalam pon da pakai baju kurung merah menyala tahap nak celeb CNY bak kate kawan2 chinese aku, dan hari ni nasib ade baju merah lagi kalo tak memang aku sanggup pakai balik baju semalam (tapi basuh dulu la kekeke)
struggle kan?
maka hari ni bila aku nmpak ade orang pakai baju merah aku akan gelak sorang2
hehehe
jom pergi!

Tuesday, January 11, 2011

sedar diri


Tolong sedar diri sikit ye

ha ayat tu memang selalu la kite ckp tak pun orang lain ckp untuk kita haha

bila?

bila ko tak sedar diri

haha..ape berbelit nih

meh aku bagi CONTOH
camni:





CONTOH 1
ade manusia ni pakai baju pun macam x cukup kain, tapi one day nih die dengan secara bangga lagi poyo nya tegur baju yang orang lain pakai tu jarang kat depan2 semua orang dengan sangat bangganya



ok ayat yang sesuai


OI!SILA SEDAR DIRI!
ko pun pakai baju macam da tak de duit nak beli kain lebih ko boleh pulak nak tegur orang macam tu
yang penting cara ko tegur tu memalukan sebab depan semua orang dan ko pulak waktu tu lagi teruk baju nya


so sila sedar diri


CONTOH 2

ada manusia ni yang baru je konvo, da dapat kerja yang gajinya lumayan kaw2 tapi masih merungut dengan nasib kehidupannya...kena naik komuter yang macam tuuuttt , bangun pagi2, berjalan jauh2



ayat yang sesuai untuk dia


OI! SILA SEDAR DIRI

orang lain da bertahun menganggur, ada yang ulang alik bekerja dari Melaka ke KL setiap hari. Jadi sila sedar diri yang ko tu sangat bertuah



so, sila sedar diri




CONTOH 3

seorang insan ni rasa dirinya sangat la cantik, hensem bagai (die la rasa, orang lain xtau la kan) maka habis lah ditayang segala bagai muka dan ape yang ada pada die sebab die cantik lah sangat kan. siap kutuk2 orang lain perempuan gemuk la berjerawat la


hello!SILA SEDAR DIRI

ko rase ko cantik sangat kan, tapi bukan milik ko pun, tu milik Pencipta kita yang sama
sekelip mata je Dia boleh tarik

so mind your words

sila sedar diri


CONTOH 4
malas nak taip da hahahaha


ok semua cerita diatas tiada kaitan dengan sesiapa, kalo tersama or terasa maka ia adalh kebetulan yang tidak disengajakan.Harap maklum


yang paling penting kita kena sentiasa sedar siapa diri kita, boleh untuk tegur ke arah kebaikan tapi haruslah berhemah.Insan ini punya hati yang bila salah caranya pasti akan terguris


kita ini hanya lah sementara di dunia takde ape sangat yang perlu dikejar.Jalani hidup ini dengan bersungguh2 bukan berkejar2 agar kita dapat menikmatinya. Sedar diri yang ada hari pembalasan di sana nanti


sedar diri.kita ini manusia bertuah, punya masa untuk blogging, makan, minum, tidur, rehat, berkasih sayang




p/s: paling penting, SILA JADI ANAK YANG SEDAR DIRI






















































Saturday, January 8, 2011


selamat pagi sabtu ye semua
perjalanan yang baru bermula di awal 2011 ni pasti masih dilalui dengan berkobar2 kan jadi teruskan kobaran semangat anda
pasti anda sudah praktiskan azam anda demi sebuah perubahan kan?

ada seorang sahabat
azam tahun 2011 nya nak bangun solat SUBUH
setiap hari!
memang azam yang lazat kan?

saya rasa die masih on track dengan azamnya, doakan kawan saya ye....







antara azam saya pula,
nak jaga kesihatan sebaik mungkin taknak masuk dalam statistik obes mahupun overweight
nak tingkatkan kualiti hidup
hidup ini terlalu indah untuk disia2kan
dari segi material pula
2011 ni nak beli


HONDA CIVIC TYPE R


heh heh heh




***


hari ni nak cerita pada semua tentang


TOLONG MENOLONG

sebab aku bengang sebenarnya


ada orang nak tolong aku, hantar g komuter tapi tak menepati waktu yang aku nak
pastu aku mengadu la kat kawan aku yang lain
aku pun mesej kawan aku yg sorang ni:

AKU:Bengangnya!


KWN:Nape?


AKU:Kawan kite ni tadi minta tolong die hantarkan g KTM da cakap pukul 715 pastu 725 baru die hantar.Ni da lambat


KWN:Biasa la awak, minta tolong orang macam ni lah.Kena ikut masa die




dan aku terus bertambah bengang.Lantas OFF nset sebab xnak mengamuk sakan dipagi hari




wei!kalo nak ikut masa die, itu bukan die nak tolong kita la...die terpaksa tolong kita
lain kali kalo tak nak tolong cakap awal2 la tak nak tolong
senang
aku boleh drive sendiri la pegi sana
angkuh tak aku?
ye, dan aku rasa malu atas keangkuhan tu
ampun kan aku hamba yang lemah ini




bila aku kenangkan nasib sahabat aku yang sorang ni, yang hidupnya sudah tentu perlu bergantung pada orang lain lebih2 lagi soal pengangkutannya, aku mula sedih


bagaimana sabarnya die, tahannya die mengikut masa orang bukan masa dirinya


pernah berkali-kali die kate


~Orang da tolong ni pun rasa bersyukur sangat~


seronok punya sahabat setabah itu




Ya!dia layak dapat yang terbaik untuk diri die, tak pernah aku dengar die merungut tapi bagi aku die tetap punya hati




***


tolong menolong ni perlu. Tak perlu pun ada balasan.cukup niat kerana kita ni singgah di Bumi untuk bawa bekalan buat Akhirat kelak (wani sila sematkan dihati, praktiskan dijiwa)
aku sangat bertuah, punya kwn bila susah mahu senang
bila sakit apetah lagi sihat
housemates aku contohnya
memang housemates terbaik dari ladang strawberi lah
pernah je tolong lipat kain aku yang menimbun sambil berbual2 mesra dengan aku
sapukan peanut butter pada roti untuk aku bawa bekal makan dalam train hehe
masak untuk dinner dan aku balik hanya untuk makan
ingat kan aku pada benda yang aku lupa
yang penting tahan dengan perangai aku yang super clumsy nih
banyak2 lagi la yang kadangkala pertolongan itu terlalu bermakna buat aku untuk mengatakan


Ya!Aku bertuah dikelilingi kamu sahabat2
budaya tolong menolong seharusnya sentiasa dipraktiskan sebab hidupnya kita ini bermasyarakat
apabila orang meminta tolong, cuba berikan yang termampu dan terbaik

tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima




p/s:sila tolong orang namun jgn sampai kepala dipijak2....ye tuan2 dan puan2










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...