Thursday, December 2, 2010

3 Disember, HARI OKU SEDUNIA

salam sejahtera semua....memang mencuri segala masa yang ada untuk menitipkan entry ni....entry yang terlalu bermakna untuk dikongsi bersama semua yang sudi singgah di blog yang pemiliknya hanyalah seorang aku....entry ini buat seluruh OKU di dunia dan khas untuk seorang blogger yang memang menjadi sahabat yang terlalu rapat dengan aku, Sukur dan adik kesayanganku Abdul Aziz(i miss u my dear abdul!!!!)

ye kenapa tentang mereka..sebab esok adalah hari OKU sedunia....
hari yang bermakna untuk semua OKU...
yang hak nya juga sama seperti manusia normal...
yang segala apa yang mereka perlukan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka harus dipandang setaraf dengan manusia biasa
tiada sebarang diskriminasi, penindasan apatah lagi ketidakadilan dan penganiayaan....

yang mengiktiraf kewujudan mereka juga adalah sumber MODAL INSAN yang penting buat setiap negara....
yang mengiktiraf agar OKU mampu memperkasa diri dalam setiap yang mampu mereka lakukan....



apa pandangan anda tentang OKU?
orang kurang upaya, orang kelainan upaya....mereka tetap sama seperti kita punya hati dan rasa juga rohani beza nya cuma Allah ciptakan mereka tidak sama seperti yang kebanyakan...mereka tetap makhluk ALLAH yang maruahnya, jiwanya dan diri mereka itu perlu dihormati!
pernah dengar kes ibu tidak mahu menerima anak yang cacat malah membuangnya ataupun meninggalkannya dihospital?
malu berjalan dengan orang cacat?
menganggap OKU itu membawa malang?
menganggap OKU itu tak lebih dari peminta sedekah?
malu dan tidak sanggup punya ayah atau ibu yang tiba2 ditimpa musibah lantas kecacatan?
(percaya atau tidak, golongan diatas ini wujud ya!)
percayalah bila Allah kurniakan mereka Allah sedang berikan kita jalan yang terlalu dekat untuk sentiasa dalam redhanya untuk mempermudahkan jalan semakin menghampiri syurga yang telah dijanjikan....insyaAllah
aku sangat berharap hati yang ada pada diri aku ni mampu untuk memberi kasih sayang buat mereka yang bergelar OKU ni....
punya adik yang OKU cukup mengajar aku erti kesabaran dan kasih sayang tanpa batasan...
punya sahabat OKU cukup membuatkan aku amat bersyukur dengan segala pemberian Allah pada aku.....
Abdul, adik yang K.Ngah sayangi....selagi masih ada nyawa pinjaman Allah buat k.ngah, seluruh kasih sayang pasti buat abdul....semoga Abdul semakin sihat dan sentiasa sihat. Abdul pada kami sekeluarga adalah penyubur kasih sayang, cahaya kegembiraan....
Sukur, sahabat yang sangat dikasihi..semoga Allah memberikan segala yang terbaik buat kamu Hidupnya Sukur hari ini tanpa pernah meminta-minta sangat menginsafkan aku yang selalu mengeluh atas pemberian tuhan.....sukur..anda memang hebat!cukuplah hidupnya anda atas kaki sendiri selama dewasa anda ini memberi penjelasan untuk kehebatan anda....

enjoy gambar2 ni....gambar abdul x boleh disiarkan lagi....


impian dia cukup tinggi....


dia perlu dibantu bukan DITINDAS!
impian nak masuk TV akan jadi kenyataan!



p/s
aku rasa sedih pulak tulis entry macamni....so buat kawan2 diluar sana..tingkatkan sensitiviti anda terhadap golongan OKU....dalam train sila bagi priority buat mereka..serius aku sedih bila ada orang buta kena berdiri sesak2 dalam train....

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...