Thursday, March 29, 2012

Bila dah tak sayang

Assalamualaikum..

Okey, mood putus cinta is on. Hahaha propa sungguh! Jom layan perasaan dengan menulis semoga rasa terkilan, sebak, sedih dan meroyan dek kehilangan sesuatu mampu dikurangkan.... Selain dari berserah dan berdoa kepada Allah pemilik nyawa ini. ...

Bila orang dah tak sayang tak mungkin lah nak pujuk-pujuk bagai.... Mungkin tengah gembira sebab dah boleh lari dari gorila aku. Hahaha....

Bila orang dah tak sayang semua kenangan manis terus terpadam yang ada hanya igauan mimpi ngeri yang sekarang amat dirai sebab dah terbangun dari mimpi itu.

Bila orang dah tak sayang jangan haraplah 1sen pun nak bazirkan untuk kau. hantar sms pun jenis ayat pernyataan yang kau tak payah balas-balas dah.

***

Penat putus cinta ni....banyak sangat yang dah dibazirkan bersama....masa....wangringgit.....kasihsayang...    dan pelbagai....

Jadi sebelum mulakan perhubungan fikir dengan betul, pertimbangan dalam pelbagai aspek dan minta petunjuk dariNya semoga setiap perhubungan itu berada dalam lembayung rahmat kasih sayangNya...

Biar apapun yang terjadi, perkara itu biarlah yang terbaik buat kita dari pemilik nyawa kita.

Tuesday, March 27, 2012

KESETIAAN DAN KEJUJURAN

Assalamualaikum...
Sungguh emosi dengan segala apa yang berlaku pada hari ini. Mungkin apa yang sudah dibina bertahun lamanya dengan segala macam cabaran akan lebur begitu sahaja. Biarlah masa yang menentukan.

Mengungkit untuk dihargai bukanlah jalan penyelesaian namun hanya sebuah pembaziran atas segala kebaikan mahupun kebajikan yang pernah dibuat. Keikhlasan bukan lagi keutamaan tetapi kepuasan apabila dapat mengingatkan segala macam pengorbanan dan kebaikan yang diharapkan mampu menyedarkan sebelah pihak lagi betapa aku penting dalam perjalanan hidup mereka untuk dihargai.

Penghargaan bukan lah hanya intan permata, emas dan perak mahupun kondominium atau banglo yang lengkap dengan kolam renang. Penghargaan yang aku perlu hanyalah sebuah kesetiaan dan kejujuran. Payah sekali mungkin untuk aku dapatkan.

Entah perkataan apa lagi yang perlu aku karang dan perdengarkan agar kamu faham yang aku amat memerlukan kesetiaan dan kejujuran....

Entah berapa kali peluang yang aku berikan untuk kamu praktiskan setia dan jujur. Perlukah peluang dibuka untuk kali ke-18 mungkin. Mengarut!

Entah mengapa hidup yang sejak hampir mencapai  suku abad ini kerap kali diberi dugaan tanpa henti. Pasti kasih sayang dari-Nya yang sedang mengingatkan aku betapa mudah lalainya diri ini.

Aku yang melalui setiap peritnya.Kamu apa tahu?


Sunday, February 12, 2012

MENGEJAR IMPIAN

Assalamualaikum semua,

Tak semua yang kita impikan mampu dikecapi...Pasti ada hikmah dan perancangan yang Allah dah tetapkan pada kita semua. Punya impian itu sangat perlu cuma jangan terlalu hidup dalam dunia impian yang terlalu fantasi. Kadang-kadang impian itu boleh dicapai apabila usaha dan ikhtiar yang kita lakukan selari dengan impian... 

Bila mengejar impian jangan sampai membiarkan apa yang disekeliling diabaikan. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Bila mengejar impian jangan sampai banyak hati terluka, terguris akibat taksubnya kita untuk memiliki impian. Kan bagus jika apabila kita mengejar impian kita lalui dengan orang yang kita sayang dan orang sekeliling kita dengan penuh kebahagian.

Bila mengejar impian jangan sampai berlaku seperti mendengar guruh di langit air ditempayan dicurahkan.. Apa yang ada hargai dan gunakan sebaiknya, Apa yang akan datang biar datang sampai pasti. Setiap masa harus panjatkan syukur pada Ilahi atas limpah pemberianNya. 

Bila mengejar impian, belajarlah dari setiap langkah yang kita ambil

Semoga impian kita semua sama-sama tercapai ok!







Thursday, February 9, 2012

Masa hadapan

Assalamaualaikum

Alhamdulillah, sekarang dah start bekerja semula.... Semoga segala yang terjadi adalah yang terbaik dari Allah buat kita... Biarlah setiap hembus nafas dan kelipan mata kita ini dalam redha Allah. Untuk meramalkan masa hadapan pasti lah perkara yang mustahil...Namun, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempuran, Alhamdulillah, kita haruslah merancang untuk masa hadapan kita.. bak kata pepatah yang selalu didengari masa zaman nak amik SPM dulu, GAGAL untuk MERANCANG adalah MERANCANG untuk GAGAL.


Setiap orang pasti mengimpikan masa hadapan yang bahagia, senang dan dalam erti kata mudah CERAH. Masa depan yang cerah pastilah impian semua. namun adakah apa yang kita lakukan hari ini seiring dengan impian kita untuk masa hadapan kita... Mungkin adakalanya tersalah langkah seperti aku yang acap kali tersalah langkah. Putus asa atas kesalahan bukan lah jawapan..belajar dan terus belajar....

Mak selalu pesan, bila ada Islam dalam hati kita pasti sangat bahagia dengan keadaan diri selagi iman masih di hati. Biar beribu kali langkah terhenti, asal masih punya azam untuk meneruskan sehingga suatu hari yang akan menamatkan watak kita sebagai pelakon di atas pentas dunia ini....

Aku bukan lah muslimah solehah, yang pasti banyak dosa telah aku lakukan...tapi di sudut hati, aku bersyukur Allah sentiasa memberi peringatan buat yang masih alpa... Semoga masa hadapan yang akan aku lalui nanti penuh dengan peningkatan iman dan takwa...mampu menjadi wanita solehah, anak taat dan berguna kepada ibubapa....sahabat yang menyenangkan buat semua..

Saturday, January 14, 2012

DOA SEORANG IBU

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, masih punya waktu untuk aku menulis di sini...Secara rasminya sudah 18 hari bercuti. Masih berbaki belasan hari cuti...itu pun andai kesihatan bertambah baik, jika tidak mungkin lebih lama aku harus bercuti dirumah. Sungguh loser rasanya. Mungkin hanya perasaan aku...

Bila tinggal di rumah bersama mak dan ayah memang setiap hari tengok rutin mereka berdua sangat sibuk untuk anak-anak..yelah anak sepuluh kan. Di tambah lagi dengan aku yang aku pun rasa sebagai beban untuk mereka. Mana tak nya, ke hulur ke hilir ke mana-mana untuk mengubati sakit aku.. Aku pasrahkan segalanya pada Pencipta ku...Semoga usaha kami membuahkan hasil..Bayangkan dah umur 25 tahun tapi masih sangat dijaga rapi oleh mak ayah.sarapan masih mak yang sediakan, .masih lagi dimarahi kerana lupa makan ubat, masih lagi sentiasa di tanya sakit di bahagian mana? Seolah anak kecil yang bila sakit baru akan menangis...Padahal aku sangat okey sebenarnya..

Terima kasih tak terhingga buat mak dan ayah yang terlalu mulia jasanya dan pengorbanan dalam membesarkan kami 10 beradik...Semoga kami menjadi anak soleh dan solehah..

Mak kata setiap kali lepas solat banyak sekali doa untuk anak-anak tapi bila adik bongsu aku, Abdul meragam doa haruslah dipendekkan, namun mak kata mak mesti doakan 2 perkara ni untuk anak-anaknya
-anak yang menjaga solat 5 waktu
-anak yang berakhlak mulia
Mak kata 2 ni pun mak da sangat gembira jika DIKABULKAN ALLAH.

Paling tak tahan mak kata tengah kacau gulai atas dapur pun masih berdoa untuk anak-anak...

Terima kasih mak!

Buat adik-adikku yang sangat kak ngah kasihi, jom sama-sama gembirakan hati mak....jaga solat lima waktu, berusaha menjadi  muslim dan muslimah yang berakhlak mulia...

Kadang-kadang hati mak tak tenang risaukan anak-anak..Ye kita semua remaja (saya remaja purba), semua nak cuba..kadang kadang perbuatan kita tu memang salah, tapi kita tak rasa salah sebab kawan-kawan kita kata perbuatan tu ok!Tapi sebenarnya salah! Jadi sebelum buat apa-apa fikir dulu perasaan mak ayah..mak ayah dah berkorban sangat banyak nak besarkan kita 10 orang....
Banyak sangat dah kesedihan yang kita bagi kat mak ayah, tapi mereka masih tersenyum memenuhi segala permintaan dan keperluan kita....

Memang kadang kala kita dirotan, dipukul di marah..tapi yakinlah itu semua untuk kebaikan kita....mak ayah nak kita jadi manusia berguna sekurang-kurangnya pada diri sendiri....
***

Buat semua remaja-remaja diluar sana terutamanya aku sendiri (walaupun remaja purba), jom sama-sama jaga solat dan berusaha berakhlak mulia... InsyaAllah segalanya pasti akan baik-baik sahaja..Hidup ini sementara je...
Ada orang Allah turunkan musibah agar dia sedar, jadi anggap segala kedukaan dan musibah itu sebagai titik tolak untuk kita jadi muslim dan muslimah yang lebih baik...usah terus berduka kemudian masih lagi mengulang dosa yang sama. Alangkah ruginya kita, berduka di dunia juga akhirat...



Semoga Allah memberi petunjuk buat kita semua....Hidup dan mati dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah



Sunday, November 13, 2011

Muhasabah diri

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu. Apa aktiviti korang semua hari ini. Aku? Bermalas-malasan di atas katil dari pagi tadi. Sebenarnya aku tengah rasa bersalah sebab da janji dengan seseorang nak temankan beliau pergi Broga Hill tapi hajat tak kesampaian. So, duduk je rumah dengan perasaan bersalah menyelubungi jiwa.

Pukul 1030 pagi tadi pula dapat mesej dari kawan lain pula ajak teman pergi wedding kawan beliau, terpaksa ku tolak juga dengan berat hati. Senang kata aku memang tak mahu ke mana-mana. Nak terperap kat rumah sampai rasa bosan.

Aku cuma nak ambil masa satu hari ini sahaja untuk bersendirian bermuhasabah diri. Mencari kembali kegembiraan yang sepatutnya aku hargai.

Iya, emosi sedang menguasai diri. Senang kata gua tengah emo sekarang.
Tapi ye la sedang bermuhasabah; Hari ini kalau apa yang mereka lakukan kepada saya, lantas saya sakit hati. Maka saya sangat berharap saya tak lakukan kepada mereka dan orang lain supaya mereka tak rasa apa yang sedang saya rasa sekarang.

Saya sedih apabila saya cuba pastikan semua orang gembira tapi semua orang pun tak gembira. Ha? sedih bukan? Mungkin hadirnya saya dalam hidup mereka umpama Melukut Di Tepi Gantang

Tapiiiii mungkin itu juga cuma perasaan saya yang da semakin berumur ni.

Ok jadi mari perbaiki diri.

Lepas je entry ni di POST maka saya akan tersenyum, mencari kegembiraan dan menarik aura positif dekat pada diri. Buat sahabat semua, kalian amat aku hargai.

mungkin makanan yang lazat antara penyembuh luka di hati hahahaha
gembira!


pss:jom sama-sama menjadi lebih baik, rohani dan jasmani!

Friday, November 11, 2011

11.11.11

assalamualaikum. tarikh cantik yang pasti ditunggu ramai dah tiba dan bakal melabuh tirai.

11.11.11

bagaimana hari anda? 11.11.11 membawa makna yang tertentu buat anda? entah akan jumpa atau tidak tarikh cantik yang lain

12.12.12.

antara tarikh cantik yang pasti ditunggu ramai juga
~~~~
kehidupan ini dominan mengajar kita mengejar kecantikan, keindahan, kesempurnaan, kesenangan dan kekayaan. sampai kita terutamanya aku alpa pada unsur nilai dan kemanusian

cantik itu tidak salah sama sekali. memang sifat manusia, jatuh cinta pada yang cantik, terpikat pada yang sempurna, suka pada kesenangan juga teridam pada kekayaan.

namun, semua itu bukan impian yang mampu dicapai oleh semua. setiap yang wujud pasti ada lawannya. ada yang cantik, ada yang hodoh. ada yang kaya ada yang miskin

pasti takdir punya peranan. Namun usaha dan diri sendiri tonggak utama persepsi diri

biar hodoh pada pandangan rupa, asal cantik tingkah dan laku

biar miskin harta dan ringgit asal kaya budi dan hati


andai hari ini tiada lagi bahagia dihati, tiada guna lagi pada yang cantik, sempurna, senang dan kaya.

salam sayang waniyummy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...