Assalamualaikum...
Sungguh emosi dengan segala apa yang berlaku pada hari ini. Mungkin apa yang sudah dibina bertahun lamanya dengan segala macam cabaran akan lebur begitu sahaja. Biarlah masa yang menentukan.
Mengungkit untuk dihargai bukanlah jalan penyelesaian namun hanya sebuah pembaziran atas segala kebaikan mahupun kebajikan yang pernah dibuat. Keikhlasan bukan lagi keutamaan tetapi kepuasan apabila dapat mengingatkan segala macam pengorbanan dan kebaikan yang diharapkan mampu menyedarkan sebelah pihak lagi betapa aku penting dalam perjalanan hidup mereka untuk dihargai.
Penghargaan bukan lah hanya intan permata, emas dan perak mahupun kondominium atau banglo yang lengkap dengan kolam renang. Penghargaan yang aku perlu hanyalah sebuah kesetiaan dan kejujuran. Payah sekali mungkin untuk aku dapatkan.
Entah perkataan apa lagi yang perlu aku karang dan perdengarkan agar kamu faham yang aku amat memerlukan kesetiaan dan kejujuran....
Entah berapa kali peluang yang aku berikan untuk kamu praktiskan setia dan jujur. Perlukah peluang dibuka untuk kali ke-18 mungkin. Mengarut!
Entah mengapa hidup yang sejak hampir mencapai suku abad ini kerap kali diberi dugaan tanpa henti. Pasti kasih sayang dari-Nya yang sedang mengingatkan aku betapa mudah lalainya diri ini.
Aku yang melalui setiap peritnya.Kamu apa tahu?
No comments:
Post a Comment