Sunday, November 13, 2011

Muhasabah diri

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu. Apa aktiviti korang semua hari ini. Aku? Bermalas-malasan di atas katil dari pagi tadi. Sebenarnya aku tengah rasa bersalah sebab da janji dengan seseorang nak temankan beliau pergi Broga Hill tapi hajat tak kesampaian. So, duduk je rumah dengan perasaan bersalah menyelubungi jiwa.

Pukul 1030 pagi tadi pula dapat mesej dari kawan lain pula ajak teman pergi wedding kawan beliau, terpaksa ku tolak juga dengan berat hati. Senang kata aku memang tak mahu ke mana-mana. Nak terperap kat rumah sampai rasa bosan.

Aku cuma nak ambil masa satu hari ini sahaja untuk bersendirian bermuhasabah diri. Mencari kembali kegembiraan yang sepatutnya aku hargai.

Iya, emosi sedang menguasai diri. Senang kata gua tengah emo sekarang.
Tapi ye la sedang bermuhasabah; Hari ini kalau apa yang mereka lakukan kepada saya, lantas saya sakit hati. Maka saya sangat berharap saya tak lakukan kepada mereka dan orang lain supaya mereka tak rasa apa yang sedang saya rasa sekarang.

Saya sedih apabila saya cuba pastikan semua orang gembira tapi semua orang pun tak gembira. Ha? sedih bukan? Mungkin hadirnya saya dalam hidup mereka umpama Melukut Di Tepi Gantang

Tapiiiii mungkin itu juga cuma perasaan saya yang da semakin berumur ni.

Ok jadi mari perbaiki diri.

Lepas je entry ni di POST maka saya akan tersenyum, mencari kegembiraan dan menarik aura positif dekat pada diri. Buat sahabat semua, kalian amat aku hargai.

mungkin makanan yang lazat antara penyembuh luka di hati hahahaha
gembira!


pss:jom sama-sama menjadi lebih baik, rohani dan jasmani!

Friday, November 11, 2011

11.11.11

assalamualaikum. tarikh cantik yang pasti ditunggu ramai dah tiba dan bakal melabuh tirai.

11.11.11

bagaimana hari anda? 11.11.11 membawa makna yang tertentu buat anda? entah akan jumpa atau tidak tarikh cantik yang lain

12.12.12.

antara tarikh cantik yang pasti ditunggu ramai juga
~~~~
kehidupan ini dominan mengajar kita mengejar kecantikan, keindahan, kesempurnaan, kesenangan dan kekayaan. sampai kita terutamanya aku alpa pada unsur nilai dan kemanusian

cantik itu tidak salah sama sekali. memang sifat manusia, jatuh cinta pada yang cantik, terpikat pada yang sempurna, suka pada kesenangan juga teridam pada kekayaan.

namun, semua itu bukan impian yang mampu dicapai oleh semua. setiap yang wujud pasti ada lawannya. ada yang cantik, ada yang hodoh. ada yang kaya ada yang miskin

pasti takdir punya peranan. Namun usaha dan diri sendiri tonggak utama persepsi diri

biar hodoh pada pandangan rupa, asal cantik tingkah dan laku

biar miskin harta dan ringgit asal kaya budi dan hati


andai hari ini tiada lagi bahagia dihati, tiada guna lagi pada yang cantik, sempurna, senang dan kaya.

salam sayang waniyummy

Tuesday, November 8, 2011

happy belated birthday

Assalamualaikum...sihat semua? Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk menulis di laman ini. Hmm mmg sibuk dengan pelbagai perkara. Sekarang semakin fokus dengan kerja yang sedang dilakukan walaupun kadang-kala ada sahaja yang mengganggu kelancaran.

Semakin memberi segala komitmen yang diperlukan tanpa paksaan. Kerja bukan lagi kerja tapi satu keghairahan yang nikmatnya memberi erti sebuah perjalanan hidup yang belum tiba di nokhtahnya.


Kerja bukan lah sumber rezeki semata-mata, juga sebuah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi kepentingan setiap yang keliling. Gembira apabila tugas berjaya diselesaikan, bahagia bila manfaat dikongsi bersama


Aku bukan nya wanita muslimah yang alim, jauh disudut hati nak sangat menjadi alim, penuh dengan ilmu dan amal.Bukan lah manusia yang kuat untuk menerima segala ujian dengan tenang. Pernah goyah, tapi kasih sayang Allah sentiasa buatkan aku kembali sedar agar kembali ke pangkal jalan.

Liku ranjau berduri sebuah perjalanan yang pernah dilalui mungkin belum cukup untuk menjadi sinopsis padat tentang erti keperitan dan derita sebuah kehidupan. Bahagia bila dihitung jumlahnya pasti lebih mampu menjadi dominan dalam saingan bersama.

Terima kasih semua untuk hidup yang telah kita lalui bersama. Semoga umur yang akan datang ini penuh dengan keberkatan dan redha Ilahi

Happy belated birthday wani! May Allah bless u all the way
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...